Friday, 27 March 2015

Tips Kurus Adamma

Tips Kurus Adamma

___________________________________________________________________

Dulu saya obese.
confident low tersangat sebab lemak bersepah.
tipu la kalau kau gemuk tengok orang pakai dress atau casual t-shirt nampak ngam !
kau tak jelous ? heh..

Berat bersih : 95 kg
tinggi       : 170 cm
category     : obese :)
diet         : semua nak makan 
exercise     : sesekali dan boleh kira

Itu serba sikit cerita sebelum ni

Nasib la baik sikit ada ketinggian.
selama ni tak pernah risau tentang masalah makanan. terdetik nak kurus hanya fantasi.
Saya study form 6, masa tu akal dah ada nak menilai diri yang macam orang pandang sebesar alam. 
sebelum nak cerita pasal diet, saya buat illegal diet sampai memacam perkara berlaku.

Diet:
Sarapan : tiada
lunch : roti 60 sen
Dinner : segelas air


gila tak ? 
masa belajar tak hingat nak makan, pergi tuisyen jalan kaki.
nak di jadikan cerita 
sehari turun sekilo tapi rambut gugur.
nangis !!
Pernah la seketika sampai mak nak siram nasi atas kepala sebab tak nak makan. takut hokey tengok butiran nasi dalam pinggan
berat saya turun sampai ke
59 KG.

saya turun 36 kg.
daripada seluar saiz 42 cm tu kepada 29/30 cm.
percaya atau tak. saya dah macam mayat rasanya sebab tak boleh baring atas lantai sebab kene tulang belakang.
ada orang kata saya ambil BARANG ? phuii ! duit pun tak ada.


diet sekarang:

sarapan : nasi lemak / cereal (speacial k)/ yang berat
lunch : nasi, ayam/ikan, sayur, buah
minuman : air putih sahaja
minum petang : kuih muih dengan air manis & buah
dinner : cereal / roti / salad

saya makan special k atau nestle fitness.
memang cepat kenyang.
untuk sarapan ambil makanan yang lebih berat untuk tenaga harian
lunch mesti complete meal. ada carbohydrate, protein, vege. 
jumlah nasi mestilah segenggam tangan korang.
JANGAN SKIP MAKAN
Kalau skip makan, lepas tu makan sekali banyak. Baik tak payah makan terus. 
orang kata diet tu macam tak makan, sebenarnya jaga pemakanan dan aktifkan diri.
kau diet tapi melepek atas tilam main phone dan berharap lemak menitis daripada celah tilam ? cegitu.
tak dapat nak tolong, serious !

Alahmdulilah 
sekarang tak takut makan nasi. Nikmat dunia tu !!
makan kene juga, workout jangan lupa.
jangan la harap hari ni workout esok dah kurus.
positive okay ?

Sampai jumpa lagi



Friday, 27 February 2015

Competition

Salam,

Ini post pertama untuk blog ni. Bukan main nervous nak tulis apa. Untuk semester ni, saya kene ambil subjek International Cuisine, jadi baru terdetik nak masukkan apa yang saya belajar untuk kongsi dengan korang semua. 
Nak belajar kat memana ada, malah sekarang google dengan youtube. Perbezaan dia, korang dapat tengok live and ada pengalaman kat situ.
Tak nak membebel bebanyak, jom tengok apa saya buat untuk competition international cuisine hari tu.

  1. (appetizer)spicy shrimps with butter cream sauce accompanied with sauteed bean sprout
  2. (main course)homemade tagliatelle cooking with Asian style with Thai fusion and accompanied with bread crumbs shrimps
Nampak macam berbelit nak sebutkan. 
Untuk masakan pertama 
Pembuka selera (udang pedas dengan sauce butter krim bersama taugeh goreng)
Makanan Utama ( Tagliatelle buat sendiri dimasak dengan Asian style iaitu Thai style ditemani dengan udang serbuk roti)

Mungkin ramai yang nak cuba jenis masakan lain daripada lain. Jadi tak salah kalau nak cuba :)

Spicy Shrimps with Butter Cream Sauce accompanied with Sauteed Bean Sprout


bahan-bahan:

Udang

  • 3 ekor udang
  • serbuk cili
  • serbuk garam masala
  • serbuk lada hitam 
  • serbuk lada sulah
  • 2 ulas bawang putih

Sayur


  • segenggam taugeh hijau
  • garam 
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada sulah
  • seulas bawang putih (cincang halus)

Sos

  • 200 ml cooking cream
  • 30 g butter 
  • serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • garam 
  • gula

Cara-cara

Udang

  1. buang kulit udang tapi tinggalkan sikit la hujung dia. 
  2. baringkan udang tu dan buang tahi tak belakang udang tu.
  3. Jangan belah habis udang tu nanti nipis pulak jadinya
  4. ketuk bawang putih dan gaul
  5. campur semua serbuk ikut sedap sendiri
  6. garam sikit
  7. tadaaa ...
  8. lepas buat sos dah boleh goreng
Sayur

  1. Basuh la dulu dengan air sembahyang (haha)
  2. panaskan minyak 
  3. campakkan bawang putih yang dicincang
  4. jangan sampai hangit pulak !!
  5. masukkan sayur
  6. tutup terus api tu, nanti terlebih masak
  7. cecepat masuk serbuk lada hitam dan garam
  8. serenjis dua renjis air sembahyang tadi
  9. dah siap !!
Sos

  1. Masukkan butter dan cairkan
  2. Masukkan bawang putih 
  3. Cecepat masukkan cream dan kacau sampai mendidih
  4. Renjis ikut rasa garam dan lada hitam
  5. kacau sampai krim pekat
  6. dah siap ..

Untuk hiasan, boleh la kalau ada budget lebih chopped daun parsley 




Homemade Tagliatelle cooking with Asian style with Thai fusion and accompanied with Bread Crumbs Shrimps


Bahan-bahan

Tagliatelle

  • 200 g tepung gandum
  • 5 ml minyak zaitun (olive oil)
  • garam
  • 2 telur kuning
  • air wuduk* (secukupya)

menumis:

  • kacang panjang (potong halus)
  • daun limau purut sehelai (hiris)
  • pes tom yam (sesudu)
  • tomato
  • cili padi 2 tangkai (hiris halus)
  • serbuk cili
  • 3 ulas bawang putih
  • parsley (chopped)

Cara-caranya:

tagliatelle

  1. kalau rajin tepung ayak, tapi kalau malas, tak apa
  2. masukkan minyak zaitun
  3. garam
  4. kuning telur
  5. kacau sikit guna tangan, lepas tu 
  6. curah air perlahan-lahan.
  7. gaul sampai goh tu dapat bersihkan mangkuk
  8. jangan ada yang tertinggal
  9. Rehatkan doh un 20 minit sebelum uli 
  10. lepas dah uli nipis, guna rolling pin atau mesin pasta.
  11. kalau tak ada, potong pakai pisau je
  12. rebus untuk sekejap je
  13. dah angkat, gaul sikit dengan minyak supaya tak lekat

Tumis:

  1. panaskan minyak dan masukkan bawang putih
  2. lepas tu 2 sudu pes tom yam
  3. masuk kacang panjang, tumis sekejap dan masukkan tagliatelle
  4. renjis serbuk cili (kalau nak lebih membara)
  5. cili padi dan tomato
  6. garam jangan lupa pulak !! 
  7. kalau dah kene dengan tekak, boleh la angkat.
  8. kalau belum, tambah apa yang kurang

Bread Crumb Shrimp

  • udang yang dibersihkan
  • serbuk roti
  • cheese parmesan (kalau nak lagi yummeh)
  • garam
  • lada hitam
  • telur sejibik
  • tepung gandum
teknik-teknik:

  1. bersihkan dan keringkan udang
  2. celup udang dalam tepung
  3. lepas tu celup dalam telur yang di pukul
  4. lepas tu celup dalam serbuk roti, kalau nak lebih sedap, campur dengan cheese. kalau rasa nak melayu renjis belacan. hehehe
  5. goreng dalam minyak yang panas dan deep fried